Kelas Keusahawanan Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) Bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Aman – Menghias Tudung Saji 1 dan Digital Literacy – Online Grooming
19 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 18 Oktober 2018, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Kelas Keusahawanan iaitu Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) bersama staff dari bahagian kemahiran KEMAS Sri Aman dengan menjemput kaum ibu-ibu yang terdapat di sekitar kawasan Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran kraftangan dalam kalangan ibu-ibu dan juga menggalakkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan yang diadakan.
Aktiviti yang dijalankan pada masa tersebut adalah pengenalan kepada bahan-bahan asas yang akan digunakan untuk menghias tudung saji seperti tudung saji kecil, riben kain, gunting dan jarum sulam serta corak yang akan dibentuk pada tudung saji menggunakan riben kain. Peserta yang hadir diminta untuk meneliti garisan yang terdapat pada tudung saji sebelum memasukkan riben untuk membentuk corak yang diingini.
Peserta kelas juga didedahkan dengan digital literacy iaitu online grooming. Online grooming adalah berkenaan dengan maksud dan tujuan online grooming, taktik pemangsa ,panduan kepada ibu bapa/penjaga serta simptom awal anak-anak yang mengalami gejala ini yang perlu ibu bapa ketahui.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: