Mesyuarat AJK Pusat Internet 1 Malaysia Melugu, Advokasi
14 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniDalam mesyuarat ini, para ketua kampung telah dibentangkan mengenai aktiviti yang telah diadakan di PI Melugu sepanjang tahun 2017. Selain itu, pembincangan mengenai aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun 2018 juga turut diadakan.Para ketua kampung juga digalakkan untuk menyuarakan pendapat dan pandangan mereka mengenai perancangan aktiviti lain yang akan dijalankan dalam tahun 2018 selain aktiviti yang telah dinyatakan.
Di samping itu, para ketua kampung juga didedahkan dengan segmen advokasi dimana mereka digalakkan supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga digalakan untuk memaklumkan kepada penduduk sekitar untuk menghantar peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste) ke PI Melugu.
Dalam segmen Klik Dengan Bijak iaitu perisian kawalan ibu bapa, para peserta telah didedahkan dengan pengawasan anak-anak di internet dan risiko internet terhadap kanak-kanak. Selain itu, para ketua kampung juga telah diterangkan tentang kelas keusahawanan yang dijalankan oleh PI Melugu bersama Jabatan Kemas Sri Aman.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: