Website – Social Media, Softskill – Presentation Skills, Multimedia – Video, Advokasi Dan E-Kelas
24 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 23 September 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah mengadakan kelas website iaitu media sosial, softskill iaitu presentation skills, multimedia iaitu video, advokasi dan e-kelas. Dalam kelas media sosial, pelajar telah diajar tentang kepelbagaian media sosial yang digunakan pada masa kini. Pembelajaran merangkumi maksud media sosial, jenis-jenis media sosial, kebaikan dan keburukan penggunaan media sosial.
Dalam kelas softskill, pelajar digalakkan untuk mempelajari cara penyampaian maklumat secara berkesan melalui video di youtube. Peserta turut diberi penerangan tentang penggunaan Windows Movie Maker untuk membuat video.Dalam kelas ini juga para peserta telah didedahkan supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga diajar untuk mengenalpasti label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.
Mereka juga telah diterangkan cara untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste). Selain itu, mereka ditekankan mengenai faktor yang menyebabkan pertambahan e-sisa dan kesan-kesan yang akan dihadapi sekiranya pelupusan e-sisa tidak diuruskan secara berhemah.
Dalam segmen e-kelas, peserta telah digalakkan untuk mendaftar nama dalam program ini yang diadakan oleh pihak Maxis. Program e-kelas merupakan inisiatif pembelajaran secara digital selepas sesi persekolahan yang menyasarkan peningkatan akademik pelajar di kawasan luar bandar. Program ini memfokus kepada subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris untuk pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: