Softskill – Public Speaking, E-commerce – Online Shop & Advokasi
21 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada 20 Oktober 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah mengadakan kelas softskill iaitu public speaking atau pidato. Dalam kelas ini, pelajar didedahkan dengan cara-cara untuk menyampaikan pidato secara berkesan berpandukan video di youtube. Selain itu, pelajar turut diajar tentang amalan pembelian atas talian dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembelian atas talian. Amalan pembelian atas talian merangkumi aktiviti pembelian, niat untuk meninjau kembali laman sesawang dan sikap pengguna terhadap laman sesawang tersebut. Faktor yang mempengaruhi adalah seperti mudah dan menjimatkan masa dan paparan lama sesawang yang cepat serta teratur.
Dalam kelas ini juga pelajar telah digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Mereka juga telah didedahkan untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste). Selain itu, mereka ditekankan mengenai faktor yang menyebabkan pertambahan e-sisa dan kesan-kesan yang akan dihadapi sekiranya pelupusan e-sisa tidak diuruskan secara berhemah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: