Microsoft Powerpoint
07 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniDalam kelas ini,mereka telah diajar dan belajar tentang:
Bab 1:
Pengenalan Microsoft power point yang melibatkan definisi atau istilah Microsoft Power Point, kaedah memulakan Microsoft Power Point, elemen-elemen penting dalam Microsoft Power Point, serta Powerpoint views.
Bab 2:
Menyelia dokumen Microsoft power point yang bertujuan untuk mencipta persembahan baru, menyimpan persembahan yang telah dibina, kaedah/cara membuka fail yang telah disimpan dan kaedah/cara untuk menutup fail.
Bab 3:
Pengurusan persembahan Microsoft power point dimana mereka digalakkan untuk mencipta persembahan baru, menambah slide, mempelajari kaedah mendua (duplicate slide), delete atau membuang slide dan menambah element teks dalam slide.
Bab 4
Element design,grafik,audio dan video iaitu memasukkan element design, word art, clip art dan gambar/grafik dari folder pengguna. Selain itu, mereka juga diajar tentang cara untuk memasukkan element shape atau bentuk, chart, table dan elemen audio.
Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu selama 2 jam bermula dari pukul 2 ini telah dihadiri seramai 6 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 4 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: