PC Hardware – PC Parts & Component, Basic ICT – Internet, E-Learning, Advokasi Dan E-Kelas
16 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 15 September 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah mengadakan kelas PC Hardware iaitu PC parts & components, basic ICT-internet, e-learning, advokasi dan e-kelas. Peserta didedahkan kepada komponen-komponen komputer dan fungsinya seperti monitor, tetikus, papan kekunci dan CPU. Untuk bahagian basic ICT, peserta telah didedahkan dengan internet iaitu fungsi, jenis dan kegunaan internet. Peserta digalakkan untuk membuka laman youtube dalam sesi e-learning iaitu segmen Do It Yourself (DIY) untuk merangsang kekreatifan minda pelajar.
Dalam kelas ini juga para peserta telah didedahkan supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga diajar untuk mengenalpasti label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan. Mereka juga telah diterangkan cara untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste). Selain itu, mereka ditekankan mengenai faktor yang menyebabkan pertambahan e-sisa dan kesan-kesan yang akan dihadapi sekiranya pelupusan e-sisa tidak diuruskan secara berhemah.
Dalam segmen e-kelas, peserta telah digalakkan untuk mendaftar nama dalam program ini yang diadakan oleh pihak Maxis. Program e-kelas merupakan inisiatif pembelajaran secara digital selepas sesi persekolahan yang menyasarkan peningkatan akademik pelajar di kawasan luar bandar. Program ini memfokus kepada subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris untuk pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: