Check Your Label, E-Waste, Advokasi Dan E-Kelas & Entreprenuership Mesyuarat Pasca Program Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Melugu
04 September 2017 | Aktiviti TerkiniDalam mesyuarat ini, para peserta telah didedahkan supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga diajar untuk mengenalpasti label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.
Mereka juga telah diterangkan cara untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste). Selain itu, mereka ditekankan mengenai faktor yang menyebabkan pertambahan e-sisa dan kesan-kesan yang akan dihadapi sekiranya pelupusan e-sisa tidak diuruskan secara berhemah. Dalam segmen Klik Dengan Bijak iaitu perisian kawalan ibu bapa, para peserta telah didedahkan dengan pengawasan anak-anak di internet dan risiko internet terhadap kanak-kanak. Selain itu, para ketua kampung digalakkan untuk menyebarkan tentang maksud e-kelas dan kepentingannya dalam pembelajaran pelajar sekolah menengah yang dipimpin oleh mereka. Tambahan pula, peserta juga didedahkan dengan pengenalan kepada perniagaan dan keusahawanan yang menekankan tentang konsep-konsep keusahawanan.
Pada masa yang sama, mesyuarat AJK selepas berlangsungnya Program Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia turut diadakan yang bertujuan untuk menerangkan kepada mereka perbelanjaan yang telah digunakan semasa Program Hari Terbuka dan perbelanjaan yang masih berbaki. Para ketua kampung juga diminta untuk menyuarakan pendapat mereka untuk penambahbaikan dalam program yang akan datang. Majlis penyampaian sijil dan insentif kepada sukarelawan turut diadakan untuk menggalakkan penyertaan mereka pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: