Check Your Label, e-Waste & Perisian Kawalan Ibu Bapa & Entreprenuership Mesyuarat AJK sempena Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Melugu
20 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniDalam kelas ini,mereka telah didedahkan supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga diajar untuk mengenalpasti label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.
Mereka juga telah didedahkan untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste). Selain itu, mereka ditekankan mengenai faktor yang menyebabkan pertambahan e-sisa dan kesan-kesan yang akan dihadapi sekiranya pelupusan e-sisa tidak diuruskan secara berhemah. Dalam segmen Klik Dengan Bijak iaitu perisian kawalan ibu bapa, para peserta telah didedahkan dengan pengawasan anak-anak di internet dan risiko internet terhadap kanak-kanak. Mereka turut didedahkan dengan perisian kawalan yang memudahkan para ibubapa memantau aktiviti internet anak-anak mereka samaada secara berbayar atau percuma.
Selain itu, peserta juga didedahkan dengan pengenalan kepada perniagaan dan keusahawanan yang menekankan tentang konsep-konsep keusahawanan. Dalam segmen ini, para peserta ditekankan tentang definisi keusahawanan, perbezaan konsep usahawan dan peniaga serta kemampuan seseorang usahawan untuk menjalankan perniagaan. Pada masa yang sama, mesyuarat AJK sempena Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia turut diadakan yang melibatkan seramai 14 orang ketua-ketua kampung. Mesyuarat ini bertujuan untuk meminta kerjasama para ketua kampung untuk memastikan kelancaran Program Hari Terbuka yang akan diadakan pada 26 Ogos 2017. Pembahagian tugas turut diadakan untuk aktiviti gotong-royong yang akan diadakan sebelum dan selepas Program Hari Terbuka nanti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: