Check Your Label, E-waste & Klik Dengan Bijak Kelas, Microsoft Office (Words) – Memasukkan Table
19 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniPada kelas kali ini, para peserta telah didedahkan dengan slide Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan.
Dalam segmen e-waste (e-sisa) pula, para peserta telah didedahkan dengan pengetahuan tentang apa itu e-sisa, punca dan kesan daripada e-sisa yang tidak berhemah. Mereka turut diberitahu cara-cara untuk menguruskan e-sisa dengan betul. Dalam kelas Microsoft Office (Words), peserta-peserta yang hadir telah diajar cara memasukkan table ke dalam dokumen yang telah mereka taip. Mereka telah diajar cara untuk menambah bilangan table, menyelitkan table tambahan, dan membuang table yang tidak diperlukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: