Kelas Microsoft Office (Words), Entreprenuership & Advokasi
23 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada 22 Oktober 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office (Words), Entreprenuership & Advokasi kepada para ketua kampung Kampung Melugu. Mereka telah diperkenalkan dengan komponen-komponen komputer seperti monitor, skrin komputer, papan kekunci dan tetikus. Selain itu, para peserta turut diperkenalkan dengan papan kekunci yang sering digunakan seperti backspace, enter, caps lock dan space.
Para ketua kampung diterangkan dengan format surat rasmi memandangkan mereka banyak berurusan menggunakan surat rasmi dengan Yang Berhormat (YB) dan jabatan-jabatan kerajaan. Ketua kampung diajar tentang cara menaip surat rasmi berpandukan contoh yang telah disediakan. Selain itu, para ketua kampung juga didedahkan dengan peranan pelbagai pihak dalam keusahawanan. Mereka dijelaskan bahawa kemajuan dalam sesebuah perniagaan bergantung kepada peranan yang dimainkan pelbagai pihak seperti agensi kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi, masyarakat, media massa dan korporat.
Dalam kelas ini juga para peserta telah digalakkan untuk membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga diajar untuk mengenalpasti label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan. Mereka juga telah diterangkan cara untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste). Selain itu, mereka ditekankan mengenai faktor yang menyebabkan pertambahan e-sisa dan kesan-kesan yang akan dihadapi sekiranya pelupusan e-sisa tidak diuruskan secara berhemah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: