Kelas Multimedia - Grafik & Advokasi
12 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 11 November 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah mengadakan kelas Multimedia iaitu grafik dan advokasi. Kelas grafik ini menggunakan laman web yang dikenali sebagai Canva.com yang dikhususkan untuk membuat logo samada untuk persembahan, pengiklanan, cover Facebook, poster, jemputan dan lain-lain lagi. Peserta dapat mempelajari pelbagai jenis teknik persembahan yang dapat membuat poster menjadi lebih menarik.
Selain itu, para peserta telah didedahkan dengan slide Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Dalam segmen e-waste (e-sisa) pula, para peserta telah didedahkan dengan pengetahuan tentang apa itu e-sisa, punca dan kesan daripada e-sisa yang tidak berhemah. Mereka turut diberitahu cara-cara untuk menguruskan e-sisa dengan betul.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: