Kelas Basic ICT – Introduction to PC, Website – Social Media & Advokasi
16 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniDalam kelas ini, mereka telah diajar tentang komponen PC berdasarkan kegunaannya iaitu komponen utama dan komponen tambahan. Komponen utama terdiri daripada monitor, papan kekunci, tetikus dan memori tempat penyimpanan data dalam komputer manakala komponen tambahan ialah pencetak, modem, pendrive, dan VCD.
Dalam segmen website pula, peserta didedahkan dengan media sosial iaitu mengenai fungsi media sosial dan kesan –kesan media sosial kepada pengguna. Peserta diterangkan tentang kepelbagaian fungsi media sosial dalam kegunaan seharian iaitu sebagai medium komunikasi, medium mempromosi produk jualan, mendapatkan hiburan, dan tempat untuk mencari maklumat tentang isu-isu semasa. Selain itu, peserta turut diterangkan tentang kesan positif media sosial iaitu menjimatkan kos dan masa serta pendidikan secara talian manakala kesan negatif media sosial adalah seperti ketidaktepatan maklumat dan pembaziran masa.
Dalam kelas ini juga para peserta telah didedahkan supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga diajar untuk mengenalpasti label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.
Mereka juga telah diterangkan cara untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste). Selain itu, mereka ditekankan mengenai faktor yang menyebabkan pertambahan e-sisa dan kesan-kesan yang akan dihadapi sekiranya pelupusan e-sisa tidak diuruskan secara berhemah. Peserta turut digalakkan untuk menghantar e-sisa yang tidak digunakan lagi ke Pusat Internet 1 Malaysia dan menyebarkannya kepada orang ramai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: