Mesyuarat Sesi Suai Kenal, Pelantikan AJK dan Pengenalan kepada Kelas Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) PI Melugu bersama Staff Jabatan Kemas Sri Aman
17 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 16 November 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah menganjurkan mesyuarat bagi sesi suai kenal peserta, pelantikan AJK dan pengenalan kepada Kelas PKJ PI Melugu bersama staff Jabatan Kemas Sri Aman dengan menjemput kaum ibu-ibu yang terdapat di sekitar kawasan Melugu. Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 14 orang kaum ibu-ibu. Pemilihan Ahli Jawatankuasa PI Kelas PKJ PI Melugu adalah seperti berikut:
BIL | JAWATAN | NAMA |
1 | Pengerusi | TR Siti Amid |
2 | Timbalan Pengerusi | Pn. Nina anak Philip |
3 | Setiausaha | Pn. Mardiana binti Jamin |
4 | Bendahari | Cik Stella anak Tarang |
5 | Ahli jawatankuasa | Pn. Giner anak Bujang |
6 | Pn. Nayan anak Dom | |
7 | Pn. Ramis anak Maregie | |
8 | Pn. Bajek anak Majeng | |
9 | Pn. Siak anak Gaek | |
10 | Pn. Anoi binti Kulni | |
11 | Pn. Arini binti Sarkawi | |
12 | Pn. Madline anak Stephen | |
13. | Pn. Sadah anak Wau | |
14. | Pn. Tinggau anak Sambai | |
15. | Pn. Rose anak Anjang | |
16. | Pn. Senah anak Agom | |
17. | Pn. Doris anak Gumbang | |
18. | Pn. Jeany anak Dom | |
19. | Cik Eliana Margaret anak Philip |
Mesyuarat ini bertujuan untuk menerangkan tentang aktiviti yang akan diadakan oleh pihak Jabatan Kemas dengan kerjasama daripada PI Melugu dimana kelas kemahiran akan diadakan setiap hari Khamis pukul 0900 pagi jika tiada sebarang perubahan pada saat terakhir. Kelas akan diadakan bermula pada 14 Disember 2017. Untuk itu, Cikgu Malinie anak Jawa yang merupakan wakil daripada Jabatan Kemas telah memesan semua pihak untuk menyediakan bahan-bahan yang akan digunakan semasa kelas itu nanti seperti kain satin, benang, pensil, gunting dan pembaris. Semua bahan ini perlu disediakan oleh kaum ibu sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: