Check Your Label, e-Waste & Online Grooming
08 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniDalam kelas ini,mereka telah didedahkan supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga diajar untuk mengenalpasti label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan.
Mereka juga telah didedahkan untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste). Selain itu, merekan ditekankan mengenai faktor yang menyebabkan pertambahan e-sisa dan kesan-kesan yang akan dihadapi sekiranya pelupusan e-sisa tidak diuruskan secara berhemah.
Dalam sesi Klik Dengan Bijak (Online Grooming), para peserta telah dijelaskan tentang maksud online grooming, tujuan online grooming, taktik penyamar, cara-cara berlakunya online grooming dan langkah pencegahan online grooming yang melibatkan kanak-kanak. Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu selama 2 jam bermula dari pukul 2 ini telah dihadiri seramai 4 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 4 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: