Kelas PC Hardware – PC Parts & Components, Microsoft Office (Words), Entreprenuership & Advokasi
13 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 12 November 2017, Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah mengadakan kelas PC Hardware – PC Parts & components, Microsoft Office (Words), Entreprenuership & Advokasi kepada para ketua kampung Kampung Melugu. Mereka telah diperkenalkan dengan komponen-komponen komputer seperti monitor, skrin komputer, papan kekunci dan tetikus. Selain itu, para peserta turut diperkenalkan dengan papan kekunci yang sering digunakan seperti backspace, enter, caps lock dan space.
Kelas kali ini merupakan kesinambungan silibus daripada kelas Microsoft Office Words pada bulan lepas. Para ketua kampung diterangkan dengan format surat rasmi memandangkan mereka banyak berurusan menggunakan surat rasmi dengan Yang Berhormat (YB) dan jabatan-jabatan kerajaan. Ketua kampung diajar tentang cara menaip surat rasmi berpandukan contoh yang telah disediakan.
Selain itu, para ketua kampung juga diterangkan dengan sumbangan usahawan dalam perkembangan sesebuah negara, cabaran yang dihadapi dan cara mengatasi cabaran berkenaan. Sumbangan usahawan adalah mewujudkan peluang pekerjaan, menghasilkan pengeluaran, memenuhi keperluan dan kehendak manusia serta meninggikan taraf hidup masyarakat. Antara cabaran yang perlu dihadapi adalah seperti kekurangan modal, penipuan oleh pembekal dan masalah pemasaran manakala cara mengatasi ialah mendapatkan khidmat nasihat melalui persatuan dan meningkatkan ilmu pengetahuan.
Dalam kelas ini juga para ketua kampung yang hadir telah digalakkan untuk membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga diajar untuk mengenalpasti label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan. Mereka juga telah diterangkan cara untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste). Selain itu, mereka ditekankan mengenai faktor yang menyebabkan pertambahan e-sisa dan kesan-kesan yang akan dihadapi sekiranya pelupusan e-sisa tidak diuruskan secara berhemah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: