E-Commerce – Online Marketing, Microsoft Office – Words, Advokasi Dan E-Kelas
25 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 24 September 2017, PI Melugu telah mengadakan kelas e-commerce iaitu online marketing, Microsoft Office iaitu Words, advokasi dan e-kelas. Dalam kelas tersebut, para ketua kampung diajar untuk memahami pemasaran online, manfaat pemasaran online mengkategorikan komponen-komponen pemasaran online dan cara kerja pemasaran online. Mereka juga dilatih cara untuk menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Office Words.
Para ketua kampung digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Mereka turut diberi penerangan untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dikategorikan sebagai e-sisa. Mereka ditekankan faktor yang menyebabkan pertambahan e-sisa dan kesan-kesan e-sisa. Selain itu, para ketua kampung digalakkan untuk menyebarkan tentang maksud e-kelas dan kepentingannya dalam pembelajaran pelajar sekolah menengah yang dipimpin oleh mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: