E-Learning – Pengaplikasian Asas Solekan Dalam Keusahawanan
20 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mei 2017 jam bermula dari pukul 11.00 pagi hingga 5.00 petang, PI Melugu telah mengadakan kelas e-learning iaitu pengaplikasian asas solekan dalam keusahawanan dengan kerjasama dari En. Gillivray Augustine anak Tawau dan En. Joseph Garry yang merupakan jurumekap sambilan di Kampung Melugu. En. Gillivray menerangkan tentang maksud bidang solekan, pengaplikasiannya dalam bidang usahawan, serta pengenalan kepada 6 asas solekan kepada para peserta yang hadir.
En. Joseph Garry pula telah membuat demostrasi solekan asas terhadap model iaitu Cik Nini menggunakan alatan solekan yang dibawa khas oleh pihak mereka. Setelah itu, En. Gillivray telah menggalakkan para peserta untuk mengaplikasikan solekan kepada peserta yang lain sebagai cara untuk menguji pemahaman mereka.Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu selama 5 jam ini telah dihadiri seramai 4 orang peserta yang terdiri pelajar sekolah, lepasan sekolah dan surirumah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: