E-learning tutorial – origami flower tutorial Uptoten games
22 Julai 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 21 Julai 2017 dari pukul 2.00 hingga 4.00 petang, Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah mengadakan kelas e-learning tutorial iaitu origami flower tutorial dan uptoten games untuk pelajar sekolah rendah. Dalam kelas origami flower tutorial, mereka telah diajar cara-cara untuk membuat origami bunga menggunakan kertas berwarna berpandukan video youtube. Pelajar digalakkan untuk membuat 2 bentuk bunga iaitu kecil dan besar. Hasil origami ini digunakan untuk menghias kawasan dalaman Pusat Internet 1 Malaysia Melugu.
Dalam kelas uptoten pula, pelajar diminta untuk membuka laman web uptoten games. Laman web ini dikhaskan untuk pembelajaran pelajar di peringkat tadika dan sekolah rendah. Laman web ini sesuai untuk dilayari oleh pelajar tadika dan sekolah rendah kerana terdapat pelbagai bentuk permainan yang dapat merangsang minda pelajar seperti puzzle, lagu kanak-kanak, mewarna gambar, memadankan gambar, mencari perbezaan antara 2 gambar , dan lain-lain lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: