Program Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) PEDi Melugu bersama staff KEMAS Sri Aman

13 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2022 iaitu pada waktu petang, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Program Pendidikan Literasi Fungsian bersama staff dari KEMAS Sri Aman dengan menjemput penduduk yang terdapat di sekitar kawasan Melugu. Program ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta yang menghadapi masalah untuk menulis, membaca dan mengira.

Dalam kelas ini, peserta lama yang pernah mengikuti kelas PLF ini diminta untuk membaca dan mengeja huruf besar dan huruf kecil A – Z. Cikgu Dayang Sofiah yang merupakan tenaga pengajar telah memberi buku aktiviti bagi kelas ini dan mewajibkan mereka untuk membuat Tugasan 1 & Tugasan 2 iaitu mewarna gambar bulatan dan anak beruang serta menyanyikan lagu bulat kecil bulat besar. Selain itu, peserta kelas juga telah diberi kerja rumah iaitu menyambung garisan putus-putus dalam Tugasan 3 & Tugasan 4.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali