Kelas Multimedia – Video & Advokasi

22 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Ogos 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia iaitu Video. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membuat latihan dan meningkatkan kemahiran pengeditan video dalam kalangan peserta menggunakan Powtoon. Mereka turut dididik dengan advokasi kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas Video Powtoon yang telah diadakan pada masa lepas. Dalam kelas ini, peserta diminta untuk menyambung semula latihan yang telah dibuat pada masa lepas sehingga selesai.

Selain itu, peserta kelas dididik supaya meluahkan sesebuah pendapat berdasarkan fakta dan bukan berdasarkan auta semata-mata. Mereka diminta untuk merujuk kepada pelbagai sumber yang tepat dan benar supaya tidak berkongsi serta menyebarkan maklumat yang tidak pasti. Peserta turut diingatkan agar tidak menjadi mangsa online grooming dengan mengetahui ciri-ciri maklumat yang boleh atau tidak boleh dikongsi dalam talian. Di samping itu, peserta kelas turut digalakkan untuk memeriksa peralatan elekronik yang digunakan mempunyai label MCMC/SKMM sebagai pengesahan bahawa peralatn-peralatan berkenaan adalah selamat untuk digunakan dalam tempoh masa yang panjang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali