Jemputan sebagai Penceramah sempena Karnival Kemas 4U- Semarak Desa Parlimen Sri Aman
08 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 April 2018 (Sabtu) yang lalu, Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah dijemput sebagai penceramah sempena Karnival Kemas 4U- Semarak Desa. Program tersebut berlangsung di Rumah Panjang Tuai Rumah Jegai anak Jawa, Kampung Purai, Batu Lintang bermula jam 0700 pagi hingga 0500 petang dengan kehadiran seramai kira-kira 500 orang tetamu jemputan termasuk Timb. Pengarah KEMAS Sarawak, Pegawai Residen Sri Aman, Counselor-counselor, ketua-ketua kampung, JKKK kampung, staff dari Jabatan Kemas Sri Aman, staff dari pelbagai agensi kerajaan, murid-murid tabika, golongan belia serta ibu bapa di sekitar kawasan berkenaan.
Program ini dimulai dengan senaman gaya hidup sihat berbentuk zumba yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Kemas Sri Aman. Staff Jabatan Kemas yang lain turut mengadakan pertandingan melukis yang disertai oleh murid-murid tabika kemas semasa program senaman itu diadakan. Sesi ceramah dimulai dengan ceramah keselamatan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Sri Aman yang disampaikan oleh Encik Bangga anak Baie, Pegawai Kanan Bomba I. Ceramah beliau adalah berkenaan dengan cara untuk mengelakkan kebakaran di kawasan rumah panjang.Beliau juga menerangkan perkara yang patut dilakukan sebelum, semasa dan selepas kebakaran.Beliau turut menjelaskan cara penggunaan pemadam api yang betul kepada para hadirin. Selain itu, beliau juga menayangkan video tentang kebakaran yang telah berlaku di sesebuah rumah panjang pada tahun-tahun yang lepas dan terkini.
Tambahan pula, terdapat staff dari Bank Rakyat turut mempromosi Kelab Nuri yang mensasarkan penyertaan daripada golongan kanak-kanak. Karnival diteruskan dengan pertandingan senam tari berbentuk poco-poco yang disertai oleh golongan belia dan ibu bapa dari rumah-rumah panjang yang berdekatan. Di samping itu, Pengurus PI Melugu turut menyampaikan ceramah berkenaan dengan advokasi iaitu Online Grooming dan tayangan video Kayleigh’s Love Story. Ceramah ini berkenaan dengan maksud dan tujuan online grooming, taktik pemangsa ,panduan kepada ibu bapa/penjaga serta simptom awal anak-anak yang mengalami gejala ini yang perlu ibu bapa ketahui.
Karnival Kemas 4U dimeriahkan lagi dengan persembahan gendang pampat, ucapan daripada Tuai Rumah Jegai, Timb. Pengarah KEMAS Sarawak dan ucapan perasmian daripada Residen Bahagian Sri Aman merangkap wakil YB Datuk Francis Harden, ADUN N.32 Simanggang. Aktiviti lain adalah seperti pameran daripada Jabatan Kemas Sri Aman, Amanita PDRM Sri Aman, Balai Bomba dan Penyelamat, Jabatan Tanah dan Survei, Jabatan Pertanian, Bank Rakyat, ASNB, pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Sri Aman, demontrasi masakan, jamuan makan tengahari dan pendaftaran pengundi baru.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: